Rancangan 16 September Gagal - Anwar Ibrahim

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2017 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa rancangan untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008, gagal selepas cadangan untuk mengadakan sidang khas Dewan Rakyat telah ditolak Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar, 69, berkata beliau telah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat untuk menjalankan proses bagi mendapatkan persetujuan Perdana Menteri supaya diadakan sidang khas Dewan Rakyat dengan notis undi tidak percaya kepada PM.

"Namun surat itu tidak dijawab dan Abdullah menolak cadangan diadakan Sidang Khas Parlimen," katanya ketika pemeriksaan balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam kes saman Anwar terhadap Khairy.

Anwar, juga bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa beliau telah berjaya mendapat sokongan mencukupi daripada pihak Barisan Nasional terdiri daripada 30 ke 40 anggota Parlimen BN untuk melompat parti.

Bekas ketua pembangkang itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa beliau sebenarnya sengaja 'mengadakan cerita' kononnya kerajaan akan bertukar pada 16 September 2008 dan membohongi ramai Anggota Parlimen BN.

"Oleh kerana kegagalan mengadakan Sidang Khas Parlimen, proses ini (menukar kerajaan) terbantut dan 40 anggota Parlimen berkenaan diterbangkan ke Taiwan untuk menghadiri Seminar Pertanian," kata Anwar.

Sementara itu, Anwar menafikan beliau mempunyai rancangan untuk menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sebagai Perdana Menteri pada 1998.

"Mahathir yakin saya mempunyai rancangan untuk menggulingkannya apabila ada 'orang' menyampaikan perkara itu kepadanya," kata Anwar.

Terdahulu mahkamah menolak permohonan Muhammad Shafee untuk menggunakan tiga kes terdahulu yang dihadapi Anwar termasuk dua kes liwat sebagai rujukan dalam kes saman berkenaan.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi menuntut ganti rugi RM100 juta atas dakwaan Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO telah mengeluarkan perkataan memfitnah terhadapnya dalam ceramah di Lembah Pantai di sini pada 20 Februari 2008.

Anwar yang diwakili peguam R. Sivarasa mendakwa perkataan memfitnah dan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' telah dimuat naik dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.

Prosiding di hadapan Hakim Azizul Azmi Adnan bersambung Jumaat ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan