"Saya Bukanlah Kebal Seperti Didakwa Anwar" - KJ

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2017 8:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, beliau bukanlah 'kebal' disebabkan beliau adalah menantu perdana menteri pada ketika itu seperti yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah terhadapnya.

Khairy, yang juga Anggota Parlimen Rembau, berkata tidak ada hubungan yang didakwa kebal disebabkan kedudukan dan hubungan sebagai menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Ini bukanlah isu kebal, saya tidak fikir ia betul...saya tidak menganggapkan diri saya seperti itu," katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan defendan.

Khairy, yang merupakan saksi defendan pertama, dipanggil semula hari ini untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah terhadapnya berjumlah RM100 juta yang difailkan Anwar, yang ketika ini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan liwat.

Khairy turut menafikan beliau menyimpan dendam kesumat terhadap Anwar, untuk mengadakan jerayawara bagi mengecam Anwar berkaitan keputusan kes liwat itu.

Menjawab dakwaan Anwar dalam pernyataan saksinya, Khairy berkata Pemuda Umno mengadakan jerayawara di Kelana Jaya untuk memberi penjelasan berhubung keputusan kes liwat oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.

Khairy juga berkata tiada pejabat di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri semasa bapa mentuanya menjadi perdana menteri seperti didakwa Anwar dalam pernyataan saksinya.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy dan menuntut ganti rugi RM100 juta, dengan mendakwa Khairy telah mengeluarkan perkataan berbaur fitnah terhadapnya dalam satu ceramah di Lembah Pantai, di sini pada 20 Februari 2008.

Khairy ketika itu adalah Naib Ketua Pemuda Umno.

Anwar mendakwa perkataan berbaur fitnah dan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' dimuat naik dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.

Pendengaran di hadapan Hakim Azizul Azmi Adnan bersambung Isnin depan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: KJ , Anwar Ibrahim

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan