Edar Dadah: Ibu Pengsan Selepas Anak Ke Tali Gantung

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2017 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ibu pengsan di Mahkamah Tinggi di sini selepas mengetahui anaknya dihukum gantung sampai mati kerana mengedar dadah.

Wanita itu pada mulanya kelihatan tenang semasa Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan menjatuhi hukuman terhadap anaknya, Hoo Moon Hong, 37, tetapi ketika jurubahasa menjelaskan keputusan mahkamah selepas prosiding, wanita tersebut tiba-tiba pengsan.

Dia ditenangkan oleh anggota keluarganya selepas sedar daripada pengsan.

Terdahulu, mahkamah menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap Hoo, pemilik kedai aksesori dan rakannya, Ng Kim Chong, 37, seorang kontraktor, selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengedar pelbagai jenis dadah seberat 250.2 gram, dua tahun lalu.

Nordin menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan setelah pembelaan tidak berjaya menyangkal anggapan pemilikan dan pengedaran dadah tersebut.

"Tertuduh pertama (Ng) mengakui ada menerima satu beg plastik dan diletakkan di belakang kereta, tetapi menafikan beg plastik itu berisi dadah. Saksi pendakwaan ke-10 (SP10) iaitu seorang inspektor polis pula menyatakan dadah ditemui (di dalam bungkusan di dalam kereta itu).

"Saya tidak dapat lihat apa-apa alasan SP10 yang menjalankan tugas itu untuk menganiaya tertuduh dengan mengatakan bahawa plastik berisi dadah telah dirampas. Keterangan SP10 adalah konsisten dan diterima," katanya.

Bagi tertuduh kedua (Hoo), Nordin berkata dadah telah dirampas dari dalam kotak gear kereta miliknya, selain terdapat kesan cap jari tertuduh pada bungkusan dadah itu.

Ng dituduh mengedar heroin dan monoacetylmorphines seberat 38.3 gram di Bangunan G Tower, Jalan Tun Razak, di sini, jam 9.10 malam, pada 11 Februari 2015 manakala Hoo didakwa mengedar methamphetamine (syabu) dan methylenedioxymethamphetamine (ecstasy) seberat 211.9 gram di perkarangan letak kereta, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada 1.50 pagi, 12 Februari 2015. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum menurut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Datuk P. Nagarajan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: dadah , Nordin Hassan , Hoo Moon Hong

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan