Dua Pegawai Kanan Felda Bebas Tahanan Reman

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2017 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Dua bekas pegawai kanan Felda, seorang daripadanya bergelar 'Datuk' yang direman sejak 25 Januari berhubung siasatan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta, dibebaskan, Jumaat.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membebaskan kedua-dua individu tersebut dengan jaminan SPRM RM400,000 setiap seorang dengan seorang penjamin. 

Kedua-dua mereka ditahan di lokasi berasingan di sekitar Lembah Klang bersama-sama tiga lagi individu antara 11.30 pagi dan 1.30 tengah hari pada 24 Januari lepas menerusi Op Caviar SPRM bagi menyiasat dakwaan penyelewengan projek pemindahan teknologi penternakan ikan sturgeon bernilai US$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.

Sebelum ini kelima-lima mereka direman selama seminggu mulai 25 Januari sehingga 31 Januari lepas.

Bagaimanapun tiga daripada mereka dibebaskan pada 31 Januari, manakala dua bekas pegawai kanan itu disambung reman selama tiga hari mulai 1 Februari.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Felda , SPRM

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan