Pemilik Akaun 'Thaipusam Spraying Group' Didakwa Ganggu Majlis Keagamaan - Berita Mahkamah | mStar

Pemilik Akaun 'Thaipusam Spraying Group' Didakwa Ganggu Majlis Keagamaan

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 4:10 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Pemilik akaun Facebook 'Thaipusam Spraying Group' didakwa di mahkamah majistret dekat sini kerana mengganggu gugat majlis keagamaan mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan.

Saravana Ramasenderan, 29, yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau mengaku tidak bersalah pada Khamis.

Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad menetapkan 3 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Jika didapati bersalah, Saravana boleh dipenjara sehingga setahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000.

Ahli perniagaan itu ditahan di rumahnya di Seberang Jaya, Prai, Pulau Pinang pada 26 Januari lalu oleh sepasukan polis dari ibu pejabat polis kontinjen Kuala Selangor kira-kira pukul 9.20 malam.

Saravana didakwa mengancam untuk menyembur cat aerosol kepada wanita Hindu yang 'berpakaian tidak sopan' ketika perayaan Thaipusam.

Tags / Kata Kunci: PDRM , 'Thaipusam Spraying Group'
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan