Pembantu Penguatkuasa Dibebaskan Daripada Reman

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 2:40 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang pembantu penguatkuasa di sebuah kementerian yang direman bagi membantu siasatan kes menerima rasuah berjumlah RM468,000 dibebaskan pada Jumaat.

Majistret Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman membenarkan suspek dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seorang penjamin.

Mengikut rekod, reman suspek berusia 57 tahun itu yang ditahan di ibu pejabat SPRM pada 18 Januari lepas, sepatutnya tamat Ahad ini tetapi dibebaskan lebih awal.

Beliau direman selama enam hari bermula 19 Januari sebelum SPRM membuat permohonan menyambung reman sehingga Ahad ini.

Suspek disyaki menerima suapan RM468,000 secara berperingkat daripada sebuah syarikat pemborong beras untuk mendapatkan kuota beras bersubsidi Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) pada akhir 2015.

Susulan itu, SPRM yang membuat penggeledahan di pejabat suspek menemukan wang tunai berjumlah RM10,113 di peti besi dan wang tunai RM51,100 di bonet kereta penjawat awam tersebut.

Penahanan suspek itu dibuat SPRM susulan penahanan seorang Ketua Setiausaha sebuah kementerian kerana salah guna kuasa dan rasuah pada awal bulan ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Rasuah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan