Tiong King Sing Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap Ong Tee Keat

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 3:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing pada Khamis menarik balik saman fitnahnya terhadap bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat berhubung penerbitan sebuah artikel yang disiarkan dalam akhbar New Sunday Times, pada 2009.

Peguam Chan Tse Yuen, yang mewakili Ong ketika ditemui pemberita, berkata Tiong selaku plaintif menarik balik saman itu selepas wartawan yang menulis artikel itu, Joseph Sipalan dalam keterangannya di mahkamah sebelum ini memaklumkan bahawa beliau tidak pernah menemu bual Ong.

Chan berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan sepatutnya memberikan keputusan kes saman itu esok selepas selesai mendengar keterangan tiga orang saksi plaintif termasuk Ong dan defendan.

Katanya, bagaimanapun ketika pengurusan kes itu hari ini di dalam kamar hakim, peguam yang mewakili Tiong, Prem Ramachandran memaklumkan bahawa anak guamnya ingin menarik balik saman berkenaan.

Chan berkata mahkamah kemudian membatalkan saman plaintif tanpa kebebasan untuknya memfailkan saman yang baharu dan turut memerintahkan Tiong membayar kos RM40,000 kepada Ong.


Tiong memfailkan saman itu pada 12 Oktober 2009 dengan menamakan New Straits Times Press (NSTP) Berhad, bekas Ketua Editor kumpulan, Datuk Syed Nadzri Syed Harun, wartawan Joseph Sipalan dan Ong sebagai defendan.

Bagaimanapun, Tiong kemudian menarik balik tuntutannya terhadap NSTP, Syed Nadzri dan Joseph Sipalan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Tiong mendakwa Sipalan, yang ketika itu wartawan NST telah menulis sebuah artikel bertajuk 'Chua and Tiong in cahoots' yang disiarkan dalam akhbar New Sunday Times, pada 2009.

Sementara itu, Ong yang hadir di mahkamah hari ini berkata beliau terkejut selepas dimaklumkan pihak plaintif ingin menarik balik saman berkenaan.


"Setelah lapan tahun berdepan urusan tindakan undang-undang ini...ia amat mengejutkan saya, tapi pastinya ia kejutan yang menggembirakan. Saya anggap sebagai hadiah Tahun Baharu Cina," katanya.


Tags / Kata Kunci: saman fitnah , Tiong King Sing , Ong Tee Keat

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan