Edar Dadah: Abang Dihukum Gantung, Adik Bebas

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 2:39 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang lelaki selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis di Kuala Kangsar dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman S. M. Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Azhar Muhammad Zaini, 25, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah bagaimanapun melepaskan dan membebaskan adiknya Muhammad Naim, 23, dan rakan Muhammad Azhar, Ahmad Asraf Mohd Nasir, 26, yang dituduh atas kesalahan sama.

Ketiga-tiga mereka dituduh mengedar 4,540 gram kanabis di tepi jalan berhampiran gerai makan di Batu 19, Kuala Dal, Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Kuala Kangsar pada 2 petang, 25 Ogos 2015.

Mereka didakwa mengikut Sekyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama iaitu gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Wan Azimah Yaacob dan ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Muhammad Farhan Ahmad Fadzil.

Sejurus selepas mahkamah menjatuhkan hukuman itu, Muhammad Naim kelihatan menangis sambil bersalam dan memeluk abangnya yang agak tenang sekalipun berdepan hukuman gantung.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: dadah , Kuala Kangsar

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan