Dipenjara Kerana Curi Wang, Langsai Hutang Bekas Isteri

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 8:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akibat mencuri barang dan wang lebih RM20,000 di butik tempatnya bekerja untuk melangsaikan hutang bekas isterinya, seorang lelaki pada Rabu dihukum penjara tiga hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Azman Ahmad menjatuhkan hukuman itu ke atas Ong Eng Hooi, 26, seorang juruwang selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri barang dan wang jualan butik berjumlah RM23,058, tahun lalu.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan memerintahkannya dipenjara 10 bulan lagi jika gagal membayar denda.

Tertuduh membayar denda itu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Azman turut menasihati tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

"Ini bukan apa yang sepatutnya awak lakukan, jalan keluar (daripada menyelesaikan hutang) bukan dengan mencuri, ada alternatif lain yang boleh awak lakukan," katanya.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah butik kasut, di pusat beli belah Pavilion, antara September dan November tahun lepas mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Terdahulu, peguam S.Narasimhan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara singkat dengan alasan tertuduh akan menyambut Tahun Baharu Cina tidak lama lagi selain terdesak melakukan perbuatan itu untuk melangsaikan hutang bekas isterinya.

"Bekas isteri tertuduh berhutang keliling pinggang, dia perlu menyelesaikan hutang itu dan perlu menyara seorang anak berusia lima tahun dan ibu bapa yang berusia 71 dan 66 tahun," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira kerugian yang dialami mangsa selain tertuduh yang sudah dewasa sepatutnya tahu mencuri adalah satu kesalahan.


Berdasarkan fakta kes, pengurus butik itu mendapati tertuduh telah mengambil kasut tanpa membuat bayaran dan hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan tertuduh telah mencuri kasut berkenaan.


Tags / Kata Kunci: curi duit , curi kasut , butik Pavillion

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan