Lima Pegawai Felda Direman Seleweng Projek RM47.6 Juta

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 11:45 AM

Lima suspek di kalangan pegawai dan bekas kakitangan Felda dibawa anggota SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya, Rabu.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lima pegawai kanan dan bekas kakitangan Felda ditahan reman untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman pada Rabu membenarkan kelima-lima lelaki berkenaan direman tujuh hari mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini oleh pegawai SPRM pada pukul 9 pagi dengan mengenakan kemeja-t "Lokap SPRM".

Mereka adalah bekas Pengarah Besar Felda; bekas Timbalan Pengarah Besar (Sumber Strategik); bekas pegawai operasi yang bertanggungjawab terhadap projek ikat sturgeon di Taman Negara; ketua London Properties dan penolong pegawai tadbir syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

Felda adalah GLC terbesar yang disiasat SPRM. Mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah dan salahguna kuasa untuk projek sturgeon mencecah RM47.6 juta.

Mereka ditahan ketika SPRM menjalankan Op Caviar antara pukul 11.30 pagi dan 6 petang di sekitar Lembah Klang pada Selasa.

Pelbagai barangan berharga dirampas termasuk kereta mewah, barang kemas bernilai jutaan ringgit.

Lebih banyak barangan dijangka dirampas apabila pegawai SPRM ke kediaman suspek untuk meneliti aset yang dimiliki.

Setakat ini, akaun peribadi ahli keluarga terdekat suspek telah dibekukan untuk membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: SPRM , Felda

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan