Pelajar UniKL Didenda Akibat Cuai Memandu

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2017 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) didenda RM4,000 oleh Mahkamah Khas Trafik di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah memandu secara tidak bertimbang rasa hingga menyebabkan kematian, Julai tahun lalu.

Muhammad Kamil Roslan, 20, yang memandu sebuah kenderaan pelbagai guna didakwa memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal yang ditunggang Mohd Izwan Razali, 31, di Jalan Lahat-Simpang Pulai kira-kira 12.30 tengah malam, 24 Julai lalu.

Majistret Siti Hanum Mohmad Sah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Dia dituduh mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan boleh dihukum penjara 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Muhammad Kamil merayu agar hukumannya diringankan kerana dia masih belajar di universiti itu.

Kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa Mahkamah Khas Trafik Ipoh Inspektor Seah Tiong Seng manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: UniKL

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan