Pengambilalihan Tanah Oleh Jais Bina Masjid Menyalahi Undang-Undang: Mahkamah Rayuan

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 5:19 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Selasa mengisytiharkan bahawa pengambilalihan tanah seluas 26 ekar oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk membina sebuah masjid di Batang Berjuntai, sebagai menyalahi undang-undang.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim membenarkan rayuan oleh United Allied Empire Sdn Bhd (UAE) untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan bagi semakan kehakiman.

Beliau memutuskan bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Azimah Omar terkhilaf daripada segi fakta dan undang-undang apabila menolak permohonan semakan kehakiman UAE.

Hakim Abang Iskandar berkata pesuruhjaya kehakiman gagal menilai bukti yang dikemukakan di mahkamah sehingga mendorong beliau terkhilaf dalam membuat keputusan.

Beliau berkata ini adalah kes yang layak dan sesuai untuk campurtangan mahkamah rayuan dan ia membenarkan 24 relif yang dipohon oleh UAE serta penaksiran ganti rugi bagi pemerolehan secara salah.

Panel yang juga disidangi oleh Hakim Datuk Zamani A. Rahim dan Datuk Zaleha Yusof juga memerintahkan pembayaran RM100,000 kepada UAE sebagai kos prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Pihak responden dalam kes itu -- pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pentadbir Tanah Kuala Selangor, JAIS dan kerajaan Selangor diarah membayar  kos sebanyak RM50,000 sementara Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor diarah membayar RM50,000 sebagai kos.

Dalam permohonan bagi semakan kehakiman, UAE mendakwa bahawa pengambilihan itu adalah berniat jahat bertujuan untuk mewujudkan bank tanah bagi pihak berkuasa agama di Selangor dan mahukan pengambilihan tanahnya secara wajib dibatalkan.

UAE memberi persetujuan untuk membangunkan tanah seluas 26 ekar itu dan memperuntukkan satu ekar bagi pembinaan masjid pada 2013 di Batang Berjuntai, sekarang dikenali sebagai Bestari Jaya di Kuala Selangor.

Sebaliknya, kerajaan Selangor secara wajib mengambil keseluruhan 26 ekar itu untuk pembinaan masjid.

Pada 25 November tahun lepas, penolong penasihat undang-undang kerajaan  Selangor, Naziah Mokhtar berhujah di mahkamah rayuan bahawa komponen masjid itu ialah masjid, sekolah agama dan tanah perkuburan, jadi untuk meninterpretasi tapak masjid itu sebagai hanya masjid adalah tidak tepat.

Peguam Rosli Dahlan mewakili UAE memberitahu pemberita bahawa penghakiman Mahkamah Rayuan telah mengubah undang-undang berkaitan pengambilihan tanah dan menambah keputusan itu menjelaskan hak pemilik tanah daripada segi undang-undang. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Jais , pengambilalihan tanah

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan