Lelaki Dipenjara, Denda Hantar Gambar Kemaluan Dan Ayat Lucah - Berita Mahkamah | mStar

Lelaki Dipenjara, Denda Hantar Gambar Kemaluan Dan Ayat Lucah

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 3:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipenjara sebulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menghantar gambar kemaluan dan ayat berunsur lucah kepada isteri orang.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu pada Jumaat lepas ke atas seorang penganggur, Abdul Rahim Mohd Abas, 34, selepas dia mengaku bersalah menghantar gambar dan ayat berunsur lucah kepada wanita berusia 31 tahun itu melalui telefon bimbit miliknya.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah apartmen, di Wangsa Maju di sini, pada 7 Januari lepas, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap pada 9 Januari lepas dan akan dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Terdahulu, Nur A'minahtul Mardiah menegur Abdul Rahim yang kelihatan teragak-agak dan ragu-ragu ketika ditanya mengenai latar belakangnya semasa rayuan bagi meringankan hukuman.

"Tunjuk kemaluan pandai, jawab soalan tak pandai," katanya.

Berdasarkan fakta kes, mangsa menerima gambar kemaluan seorang lelaki melalui telefon bimbit daripada nombor yang tidak dikenali dan memaklumkan kepada suaminya.

Suami mangsa kemudian meminta tertuduh untuk berjumpa di LRT Setiawangsa sebelum menangkap dan menghantarnya ke balai polis.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal dengan alasan perbuatan tertuduh telah menjejaskan ketenteraman awam dan menyebabkan trauma kepada mangsa. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: lucah , Wangsa Maju , Kanun Keseksaan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan