Pelajar Kolej Edar Kokain Dihukum Gantung Sampai Mati

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 3:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta warganegara Guinea dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin setelah didapati bersalah mengedar 3,304.6 gram dadah jenis kokain.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Emmanuel Kamano, 29, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.

Dalam penghakimannya Nordin berkata mahkamah mendapati tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap dadah yang disalut coklat dan diletakkan di dalam beg plastik.

"Tertuduh gagal menyangkal anggapan pemilikan dan dengan jumlah dadah yang besar, ianya bagi maksud pengedaran. Justeru itu tertuduh disabit dengan kesalahan dan dihukum gantung sehingga mati, kata Nordin.

Sementara itu rakan Emmanuel, seorang ahli perniagaan warganegara Nigeria yang merupakan tertuduh pertama dalam kes itu bernasib baik apabila mahkamah melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan sama.

Nordin berkata mahkamah mendapati tertuduh pertama, Ifeanyi Atuenyi, 39, tidak mempunyai pengetahuan terhadap dadah tersebut dan keterangannya selaras dengan reaksi ketika dia ditangkap polis iaitu dalam keadaan terkejut namun memberi kerjasama kepada polis.

Hakim itu berkata lelaki Nigeria itu ada menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan bukan sesuatu yang luar biasa untuk dia membawa tertuduh kedua ke Kepong dengan menaiki kenderaannya.

Pada 2 Mac 2016, Ifeanyi dan Emmanuel didakwa bersama-sama mengedar dadah itu di Lebuhraya MRR2, Kepong - Sungai Buloh, di sini pada 6.15 petang, 22 Jun 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Lima saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula 4 Oktober 2016.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah manakala Ifeanyi diwakili peguam Datuk N.Sivananthan dan Emmanuel diwakili peguam Norman Mohd Nasir. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Gantung , Kokain

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan