Cabul Gadis 19 Tahun, Warga Bangladesh Dipenjara Empat Bulan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 4:58 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tindakan seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh, yang memeluk dan mencium pipi gadis berusia 19 tahun di tandas awam membawa padah apabila dia dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Jumaat.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu terhadap Md Shirajul Islam, 45, selepas dia yang sebelum ini mengaku tidak bersalah menukar pengakuan semasa pertuduhan terhadapnya dibacakan semula.

Mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 31 Oktober tahun lalu.

Dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang bekerja sebagai penjual pisang goreng dengan niat untuk mencabul kehormatannya, iaitu memeluk dan mencium pipi kanan gadis itu di tandas awam di kawasan Downtown Serdang, di sini pada 10 malam, 29 Oktober lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia sudah insaf. 

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, mangsa sedang menunggu giliran untuk masuk ke tandas sebelum seorang lelaki (tertuduh) yang datang dari arah belakang secara tiba-tiba memeluk dan menciumnya.

Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mangsa menjerit dan terus berlalu dari situ dan menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya yang berniaga di kawasan pasar malam berkenaan sebelum membuat laporan polis.

Di mahkamah sama, seorang pekerja kilang, Rabul Rafor Mustapha, 54, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang diasuh oleh isteri beliau di rumahnya di sini pada Ogos tahun lalu.

Terdahulu, Saphirra menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam Yusmadi Yusoff yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga dan menghidap penyakit darah tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mendekati mangsa serta saksi sehingga kes selesai dan menetapkan 10 Feb untuk sebutan semula kes.

Pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Bangladesh , Downtown Serdang

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan