Tipu Pelaburan Hotel Makkah, Ahli Perniagaan Didakwa Lagi

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2017 4:41 PM

Sheikh Saidey ketika dibawa pihak polis ke Mahkamah Majistret Selayang pada Khamis untuk didakwa berhubung penipuan pelaburan pajakan bilik hotel di Makkah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan yang sebelum ini didakwa di dua Mahkamah Majistret, dihadapkan pula di Mahkamah Majistret Selayang berhubung kes menipu pelaburan pajakan bilik hotel di Makkah.

Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman, 43, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan curang menipu dan memperdaya Pauziah Ab Ghani, 61, dengan menawarkan pelaburan pajakan bilik hotel di Makkah, Arab Saudi, yang sebenarnya tidak wujud sehingga mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM70,000 ke dalam akaun Bank Islam tertuduh.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 1 Jalan SG 7/10, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor, dekat sini, pukul 1.10 tengah hari, pada 13 Jun 2016 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azhwa Yusrie Mohamad, tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh kerana dia ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 2013 (Poca).

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya dibenarkan ikat jamin dengan alasan dia sudah direman selama 90 hari.

Majistret Iriane Isabelo membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta pasportnya diserahkan kepada mahkamah. Beliau menetapkan 16 Februari untuk sebutan semula kes.

Semalam, Sheikh Saidey mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas satu pertuduhan yang sama melibatkan jumlah RM324,300.

Pada Selasa lepas, Sheikh Saidey juga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor, atas dua pertuduhan berhubung penipuan pelaburan program Islamic Hotel di Makkah dan Madinah, manakala isterinya Sofia Affendi, 42, didakwa bersubahat dengan suaminya atas kedua-dua pertuduhan itu.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Makkah , Sheikh Saidey

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan