Wanita Abai Kanak-Kanak Didenda RM10,000

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2017 12:18 PM

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan bogel, ditinggalkan penjaganya, Shamsinar Ambia di sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Tampin, 5 Januari lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA PILAH: Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada Rabu menjatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara setahun dan khidmat masyarakat selama 240 jam ke atas seoarang wanita yang didakwa mengabaikan kanak-kanak tiga tahun di sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Gemenceh di Tampin, Khamis lepas.

Hakim Nariman Badruddin membuat keputusan itu selepas tertuduh, Shamsinar Ambia, 36, mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Shamsinar didakwa sebagai penjaga meninggalkan kanak-kanak tersebut dalam keadaan tidak berpatutan di sebuah rumah sewa di Kampung Parit Buluh, Tampin pukul 7 malam, Khamis lepas.

Terdahulu, dalam rayuannya, Shamsinar meminta mahkamah mengenakan hukuman yang ringan kerana ini merupakan kesalahannya yang pertama.

"Saya orang susah, anak seramai tiga orang yang berusia 13,14 dan 17 tahun masih bersekolah, tambahan pula saya tidak bekerja dan suami tiada kerja tetap," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nik Azhan Hakim Nik Mahmood meminta mahkamah menjatuhkan hukuman sewajarnya kerana hukuman di bawah Seksyen 33 (1)(c) Akta Kanak-kanak 2001 telah dinaikkan kepada denda RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam akan membayar denda tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan