Mahkamah Tolak Permohonan PU Faiz Dilepaskan Tanpa Dibebaskan

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2017 6:27 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini pada Selasa menolak permohonan naib juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, PU Faiz, supaya beliau dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan mencederakan seorang penceramah wanita pada September tahun lalu.

Peguam Ridha Abdah Subri yang mewakili PU Faiz, 28, atau nama sebenarnya  Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli membuat permohonan itu atas alasan pegawai penyiasat kes itu tidak bersungguh-sungguh untuk melengkapkan kertas siasatan.

"Dengan ketidaksungguhan pegawai penyiasat, ia juga menggambarkan sifat prejudis terhadap pihak pembelaan dalam kes ini, oleh itu saya mohon agar anak guam dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan ini," kata peguam itu.

Peguam itu membuat permohonan itu selepas dimaklumkan pihak pendakwaan masih belum menerima laporan penuh perubatan daripada Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Sungai Buloh.

Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah bagaimanapun menolak permohonan itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan pihaknya akan membuat susulan berhubung laporan perubatan itu.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Azlan Mohd Nasir memaklumkan permohonan untuk rekod penuh perubatan telah dihantar ke hospital itu sejak 6 Oktober tahun lalu namun masih belum mendapat sebarang maklum balas.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 3 Februari depan untuk sebutan akhir kes itu.

Pada 7 November lalu, PU Faiz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Intan Sakinah Azmi, 29, disebabkan kemarahan, di pondok Rumi Sufi Jawi, No 14-3, Tingkat 2, Seksyen 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, pada 2.30 petang, 26 September 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding sama, mahkamah turut dimaklumkan representasi dikemukakan Nurul Intan Sakinah Azmi, 30, berhubung pertuduhan menceroboh pusat tahfiz sama, ditolak oleh Jabatan Peguam Negara pada 27 Disember tahun lalu.

Dia yang diwakili peguam Siti Nadiah Skh Saad memfailkan representasi tersebut pada 29 November 2016.

Pada 8 Nov tahun lalu, Nurul Intan yang merupakan ibu tunggal empat anak didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki premis milik PU Faiz yang digunakan sebagai tempat pusat pengajian agama Islam di Pondok Rumi Sufi Jawi itu pada waktu dan tarikh sama.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Pencetus Ummah , PU Faiz

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan