Pengurusan Kes Saman Fitnah Maria Terhadap Jamal Pada 17 Februari

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 1:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menetapkan 17 Februari depan untuk pengurusan kes saman fitnah Maria Chin Abdullah terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos atas dakwaan mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daesh.

Peguam Melissa Sasidaran yang mewakili Maria berkata Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan tarikh itu kerana pihak plaintif belum memperoleh kertas cadangan untuk menyelesaikan kes itu secara baik daripada defendan (Jamal).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengurusan kes itu di dalam kamar hakim dengan dihadiri peguam Mohammed Nasser Yusof mewakili Jamal. Pada prosiding lepas, hakim itu mencadangkan saman tu diselesaikan secara baik.

Pada 7 Oktober tahun lepas, Maria, 60, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyaman Jamal yang merupakan pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Gerakan Merah Malaysia (GMM) selaku defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Maria selaku plaintif mendakwa pada 28 Sept 2016, Jamal telah mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan telah diterbitkan serta disiarkan di beberapa portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.

Plaintif juga mendakwa, pada 4 Oktober tahun lepas, Jamal sekali lagi mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan telah diterbitkan pada 5 Oktpber di portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.

Beliau menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jamal Yunos , Maria Chin Abdullah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan