Juru Pam Didakwa Salah Guna Kad Kredit Milik Timbalan Pendakwa Raya

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 3:21 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang juru pam stesen minyak didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan menyalah guna kad kredit milik seorang timbalan pendakwa raya berjumlah RM1,699 pada bulan lepas.

Tertuduh, Muhammad Syazwan Abdul Halim, 20, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Syazwan menyalahgunakan kad kredit Visa Maybank milik mangsa untuk membeli telefon bimbit jenis Samsung J7 Prime bernilai RM1,221 di Kedai Best EH Enterprise di sini pada pukul 2.11 petang, 26 Disember, tanpa pengetahuan. 

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh pada 23 Disember lalu di lokasi yang sama pada pukul 8.22 malam telah menyalahgunakan kad kredit berkenaan untuk membeli telefon bimbit jenis Samsung J1 bernilai RM488 tanpa pengetahuan mangsa.

Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang enam bulan sehingga lima tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda. 

Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli kemudiannya menetapkan 5 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula dan bagi membolehkan tertuduh mendapatkan peguam bela.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Eliana Ismail.-- Bernama 



Tags / Kata Kunci: juru pam , Kedai Best EH Enterprise

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan