Guan Eng Mahu Kemuka Usul Isytihar Seksyen 62 Akta SPRM Tidak Sah

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 3:26 PM

 Lim Guan Eng
(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan memfailkan usul untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Peguam Guan Eng, Gobind Singh berkata, akta tersebut yang melibatkan penyatan pembelaan, bertentangan dengan hak tertuduh untuk mendiamkan diri.

Berdasarkan Seksyen 62 Akta SPRM 2009, tertuduh perlu menyerahkan dokumen kepada pihak pendakwaan sebelum perbicaraan bermula.

Ahli perniagaan wanita yang didakwa atas tuduhan bersubahat, Phang Li Koon turut mengemukakan usul sama pada Rabu.

Apabila kes dikemukakan untuk pengurusan kes pada Jumaat, Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan menerima dokumen yang diusulkan oleh Li Koon.

Hakim Mahkamah Tinggi, Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh 7 Februari untuk pendengaran usul tersebut.

Kira-kira 60 saksi pendakwaan dijangka dipanggul untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes rasuahn yang berlangsung selama 34 hari antara Mac dan Julai.

Perbicaraan akan berlangsung bermula 27 hingga 31 Mac, 10 hingga 14 April, 24 hingga 28 April, 15 hingga 19 Mei, 29 Mei hingga 2 Jun, 13 hingga 16 Jun dan 17 hingga 21 Julai.

Guan Eng didakwa meraih keuntungan sendiri dan isterinya, Betty Chew dengan meluluskan status tanah pertanian milik Magnificent Emblem menjadi kawasan pembangunan kediaman ketika mmempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan negeri pada 18 Julai 2014.

Bagi pertuduhan itu, Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan, sekali gus berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika didapati bersalah.

Sementara itu, Li Koon, 44, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat bagi mendapatkan untuk Guan Eng lot tanah dan rumah banglo terbabit dan dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama.

Kedua-dua tertuduh yang tidak hadir ke mahkamah pada Jumaat, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , SPRM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan