Peniaga Mengaku Tidak Bersalah Terhadap Empat Tuduhan Berkaitan Daesh

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 3:38 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di  Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis atas empat pertuduhan berkaitan kumpulan Daesh termasuk memiliki bahan letupan dan bendera yang mempunyai lambang kumpulan militan itu.

Mohd Shaifful Shahril Ramli, 29, membuat pengakuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah yang kemudiannya menetapkan 14 hingga 16 Februari untuk perbicaraan.

Dia didakwa memberi sokongan kepada kumpulan Daesh dalam satu aplikasi media sosial Telegram 'amanah(phb) vs pas' atas nama Putra Zulkarnain dan Anonymous/Anonimous dalam telefon bimbitnya antara 25 Mac hingga 30 Jun tahun lepas mengikut Seksyen 130 J (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu juga didakwa memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas yang melibatkan penggunaan bahan letupan dengan niat untuk melanjutkan suatu perjuangan ideologi, serta bertujuan untuk mengugut orang awam di Malaysia melalui aplikasi Telegram di dalam telefon bimbitnya antara 26 Jun dan 29 Jun 2016 mengikut Seksyen 130 J (1)(b) yang memperuntukkan hukuman sama.

Mohd Shaifful Shahril juga menghadapi satu lagi pertuduhan memiliki barang-barang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan Daesh iaitu sehelai baju sejuk yang mempunyai lambang Islamic State (IS) tertulis 'Muhammadun Rasulullah' dan sehelai bendera yang mempunyai lambang IS yang tertulis 'Lailahaillallah', kira-kira pukul 9.45 pagi, 22 Julai tahun lepas.

Pertuduhan di bawah Seksyen 130 JB (1)(a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucuthak mana-mana item tersebut, jika sabit kesalahan.

Dia juga menghadapi pertuduhan memiliki bahan letupan mengandungi campuran sodium klorat dan sukros yang masing-masing berfungsi sebagai pengoksida dan bahan api yang tersenarai di bawah Akta Bahan Letupan pukul 9.45 pagi, 22 Julai 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mohd Shaifful Shahril yang telah berkahwin didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di No. 3, Lorong Indah 1, Kampung Sri Indah B, Sungai Buloh.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Nurfaida Mohd Rashidee sementara tertuduh diwakili peguam K. A. Ramu.

Tags / Kata Kunci: Daesh , Mohd Shaifful Shahril Ramli , IS

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan