Bekas Pengurus Cawangan Falcon Private Bank Singapura Didakwa Dengan 16 Pertuduhan

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 11:35 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura mendakwa bekas pengurus cawangan Falcon Private Bank Singapura, Jens Sturzenegger dengan 16 pertuduhan berhubung siasatan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dia dijangka membuat pengakuan bersalah pada 11 Januari, di mana perkara itu telah didedahkan di mahkamah Singapura pada Khamis.

Pada Oktober tahun lepas, Falcon Bank menjadi bank kedua yang ditutup oleh pengawal selia Singapura berhubung 1MDB, selepas BSI yang ditutup pada Mei lalu.

Sturzenegger adalah orang keempat didakwa di Singapura dalam kes pengubahan wang haram dan rasuah dalam dana syarikat Malaysia yang disiasat secara global dan meluas.

1MDB secara konsisten menafikan sebarang salah laku.

Pada Rabu, peguam kepada Yeo Jiawei, bekas pegawai bank BSI yang didapati bersalah kerana cuba mengganggu saksi dalam kes berkaitan 1MDB berkata pihaknya akan membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman.

Yeo adalah bekas pegawai bank BSI ketiga yang didapati bersalah dalam siasatan 1MDB di Singapura.

Yak Yew Chee dijatuhi hukuman penjara 18 minggu dan denda pada November kerana memalsukan dokumen dan gagal untuk mendedahkan urus niaga mencurigakan, didakwa mempunyai kaitan dengan pembiaya Malaysia Low Taek Jho.

Orang bawahannya, Yvonne Seah Yew Foong, dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda pada 16 Disember untuk kesalahan yang sama.

Yew Chee dan  Yew Foong tidak memfailkan rayuan, menurut peguam mereka. –The Straits Times/Asia News Network

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan