Didenda RM3,000 Gara-Gara Ugut Bunuh Isteri

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 6:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara mengugut untuk membunuh isterinya, seorang penghantar surat didenda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu terhadap S. Krisnan, 34, selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan terhadap isterinya, A. Nithiah, 30, dengan mengacukan pemutar skru, di Sri Mas Kondo Jade Tower, Cheras, di sini, pada 6 pagi, 1 Januari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yusha memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda yang minimum kerana dia penanggung utama keluarga.

Mengikut fakta kes, semasa mangsa berada di rumah, tertuduh telah pulang dalam keadaan mabuk dan meminta wang RM50 daripada mangsa.

Mangsa bagaimanapun enggan menberikan wang itu menyebabkan tertuduh berang lalu mengambil pemutar skru di ruang tamu dan mengugut untuk membunuhnya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Ugut Bunuh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan