Datuk Nafi Terlibat Dalam Pembunuhan Bill Kayong

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 7:03 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Seorang ahli perniagaan tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu terhadap tuduhan bersubahat dalam pembunuhan setiausaha PKR Bill Kayong.

Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 45, dituduh melakukan kesalahan itu bersama tiga yang lain di persimpangan lampu isyarat berhampiran E-Mart Supermarket di Jalan Kuala Baram pada kira-kira 8.20 pagi 21 Jun 2016.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Alwi Abdul Wahab menetapkan 9 Jan sebagai tarikh sebutan semula kes selepas peguam David Chua, yang mewakili tertuduh, memberitahu mahkamah bahawa Orlando Chua, seorang lagi peguam yang mewakili Lee, sedang cuti sakit di luar negara dan dijangka pulang ke tanah air minggu depan.

Lee dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, dibaca bersama-sama Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzila Ishak bertindak bagi pihak pendakwa.

Lee akan dibicarakan berama-sama tiga tertuduh lain yang dibawa ke Mahkamah Tinggi di sini.

Pada 25 Nov, pembantu peribadi Lee, Chin Wui Ching, 50, dan pemilik pub Lie Chang Loon, 37, meminta dibicarakan terhadap tuduhan bersubahat dengan Mohamad Fitri Pauzi, 29, membunuh Bill, yang nama Islamnya, Mohd Hasbie Abdullah.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di tempat dan pada tarikh sama, mengikut Seksyen 109, dibaca bersama-sama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tertuduh pertama, Mohamad Fitri, juga mengaku tidak bersalah pada 25 November terhadap tuduhan membunuh Bill di tempat dan pada waktu sama mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Tags / Kata Kunci: Bill Kayong

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan