Ragut Telefon Bimbit, Tukang Cat Dipenjara Lima Tahun Dan Dua Sebatan

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 5:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akibat terdesak dua bulan tidak mendapatgaji dan isteri bakal melahirkan anak kedua, seorang tukang cat yang meragut telefon bimbit seorang pelajar dihukum penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang, di sini. 

Hakim Azrul Darus memerintahkan Haryanto Arsah, 23, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 27 Disember lepas. Haryanto didakwa meragut telefon jenis iPhone 7 Plus bernilai RM4,500 milik seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di tangga LRT Pandan Indah, di sini pada 11.30 malam 26 Dis lepas.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya, merayu kepada mahkamah supaya dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai seorang anak dan isterinya bakal melahirkan anak kedua mereka pada 12 Jan depan.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dengan alasan kesalahan sebegini kerap berlaku selain mengambil kira faktor kepentingan awam.

"Kesalahan ini merupakan kesalahan yang serius kerana kes sebegini semakin berleluasa di Malaysia serta tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun. Saya mohon hukuman setimpal dikenakan supaya boleh dijadikan pengajaran kepada masyarakat," kata Norhashimah.

Lelaki yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian mangsa dan rakannya sedang menuruni tangga di stesen LRT Pandan Indah, telefon pintar mangsa tiba-tiba dirampas dari arah belakang oleh tertuduh.

Tertuduh yang kemudiannya lari ke kawasan perumahan berhampiran bagaimanapun berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Ragut telefon bimbit , iPhone 7Plus

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan