Dua Lelaki Dihukum Mati Bersalah Tembak Pengawal Keselamatan

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 3:48 PM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menjatuhi hukuman mati terhadap dua lelaki selepas mereka didapati bersalah melakukan rompakan dan menembak mati seorang pengawal keselamatan, empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh terhadap kesalahan dilakukan Mohd Hafizuddin Zainal Abidin, 29, dan Cheah Cheong Tatt, 27.

Kedua-dua tertuduh yang masing-masing memakai kemeja T berwarna merah dan putih kelihatan tenang semasa mendengar hukuman itu.

Mereka didapati bersalah melakukan kesalahan itu di hadapan pasaraya Giant, Jalan Tekkah, Aulong, di antara 2 petang hingga 3.25 petang pada 18 September 2012.

Mohd Hafizuddin yang semasa kejadian bertugas sebagai pengawal keselamatan syarikat Safeguards G4S Sdn Bhd didapati melakukan kesalahan berjadual iaitu merompak wang tunai berjumlah RM1.2 juta milik majikannya dan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian rakan setugas Hasnul Hafis Saad, 28.

Kejadian berlaku ketika Mohd Hafizuddin dan mangsa dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.

Sementara Cheah didapati bersalah bertindak sebagai rakan sejenayah kepada Mohd Hafizuddin.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3A Akta Senjata Api  (Penalti Lebih Berat) 1971 dan membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mangsa ditemukan mati di tempat duduk pemandu dengan empat kesan tembakan di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri dalam kejadian berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azrul Faidz Abd Razak, manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Ang Chun Pun.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan