Penghantar Surat Mengaku Tidak Bersalah Dikaitkan Dengan Pengganas Daesh

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 2:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, pada Rabu atas dua pertuduhan berhubung  kumpulan pangganas Daesh.

Fazar Nor Md Reduan, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman selepas kes itu disebut pada Rabu.

Dia didakwa memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas melibatkan penggunaan bahan letupan dan perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk melanjutkan suatu perjuangan ideologi.

Perbuatan itu juga dianggap untuk mengugut orang awam di Malaysia melalui aplikasi Telegram di dalam telefon bimbit miliknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit rumah Blok 11, AU 3/1, Ulu Kelang, di sini di antara April dan 28 Jun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan, yang memperuntuk  hukuman penjara seumur hidup atau tidak lebih 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah diguna pakai atau diniat untuk kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Fazar Nor didakwa memiliki lima keping gambar dan lapan video berunsurkan perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas IS di hadapan Liberty Insurans Berhad Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, di sini, pada 1.20 petang, 28 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntuk hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau boleh dilucut hak mana-mana barangan tersebut, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Jan untuk sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Daesh

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan