Rakyat Indonesia, Filipina Dipenjara Gara-Gara Miliki Kad Pengenalan Palsu

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 12:50 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu menjatuhi hukuman penjara 30 bulan dan denda RM10,000 terhadap seorang lelaki tempatan selepas mengaku bersalah kerana memiliki 26 kad pengenalan palsu.

Turut dijatuhi hukuman sama adalah seorang wanita rakyat Filipina yang mengaku bersalah memiliki kad pengenalan palsu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Amir Shah Amir Hassan memerintahkan Brahim Awang Anak,51, dan Ateng Jalil, 30, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah bilik hotel di sini kira-kira 10.30 malam pada 21 Disember lepas.

Dalam pertuduhan berasingan, mahkamah sama menjatuhi hukuman penjara 24 bulan dan denda RM10,000 terhadap empat sekeluarga rakyat Indonesia selepas Amir Shah turut memerintahkan Asna Satuan, 22, Asman Satuan, 22, Takin Satuang, 26 dan Junia Gasang, 50, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Kesemua enam tertuduh mengaku bersalah mengikut Peraturan-Peraturan 25 (1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Amir Shah juga memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh mereka ditangkap dan manakala Asna, Asman, Takin, Junia dan Ateng perlu dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman itu.

Mengikut fakta kes, kesemua enam tertuduh ditahan dalam dua serbuan oleh anggota penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan polis pada hari berkenaan.

Pemeriksaan mendapati kesemua kad pengenalan dan dokumen, yang dalam pemilikan mereka, tiada dalam data simpanan JPN.

Pegawai Pendakwa JPN Mohd Fazdhly Abdul Razak mengendalikan pendakwaan kes itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kad Pengenalan Palsu

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan