Reman Suspek Penipuan Umrah Dilanjut Empat Hari

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2016 1:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman dua suspek bagi membantu siasatan kes penipuan umrah melibatkan hampir 3,000 jemaah dan kerugian jutaan ringgit.

Perintah tahanan reman selama empat hari itu dikeluarkan Majistret Rozianti Mohamed pada Selasa.

Kedua-dua lelaki itu yang merupakan pengarah dan akauntan sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini tiba di mahkamah dengan diiringi polis dan berpakaian seragam lokap.

Akhbar sebelum ini melaporkan Yayasan Bakti Negeri Terenggau (YBNT)mengesahkan kenyataan berkaitan kegagalannya menguruskan kira-kira 2,000 jemaah menyertai pakej umrah disediakannya.

Bagaimanapun, YBNT menafikan pihaknya menipu 2,418 peserta yang sebahagiannya adalah guru untuk mengikuti Program Umrah anjuran yayasan itu.

Difahamkan, punca penangguhan dan pindaan tarikh penerbangan ke Tanah Suci seperti yang dirancang pada bulan ini kerana YBNT lewat menerima bajet. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Umrah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan