Ibu Empat Anak Dipenjara, Didenda Gara-Gara Curi Coklat - Berita Mahkamah | mStar

Ibu Empat Anak Dipenjara, Didenda Gara-Gara Curi Coklat

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2016 3:22 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ibu empat anak dipenjara 14 hari dan denda RM200 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah mencuri 10 keping coklat, semasa cuti perayaan Krismas lepas.

Majistret Umzarul An-Nur Umar memerintahkan Zariyah Mohd Salleh, 42, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 25 Disember lepas.

Mahkamah juga memerintahkan Zariyah dipenjara empat hari lagi jika gagal membayar denda itu.

Penjual kasut itu didakwa mencuri coklat yang kesemuanya bernilai RM49.40 milik Pasaraya Mydin di Jalan Masjid India, di sini, pada 5.20 petang, 25 Disember lepas.

Zariyah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yusha memohon hukuman setimpal bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia perlu bekerja bagi menyara empat orang anaknya. 

Mengikut fakta kes, ketika kejadian pengawal keselamatan ternampak seorang wanita dalam keadaan mencurigakan dan selepas semakan dibuat, 10 keping coklat disimpan di dalam beg sandangnya tanpa resit bayaran. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan