'Bouncer' Didakwa Bunuh Remaja

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2016 1:09 PM

Mohd Azmin Lidin (kiri) bersama peguamnya Datuk Rakhbir Singh (kanan).

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang 'bouncer' atau pengawal sebuah pusat hiburan di sini, dihadapkan di Mahkamah Majistret pada Jumaat terhadap pertuduhan membunuh seorang remaja lebih seminggu lalu.

Mohd Azmin Lidin, 28, dari Kampung Cenderamata Likas di sini dituduh membunuh Yaacob Nasran, 18, dekat Siam Thai Bar, Jalan Asia City di sini antara 3.30 pagi dan 4.30 pagi pada 15 Disember lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menetapkan 7 Februari depan untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp P. Nathan manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Rakhbir Singh.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang wanita warga emas, Chin Su Chin, 67, didakwa membunuh rakannya, Ngur Lim Kiau, 64.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kepayan Ridge dekat sini kira-kira 3 petang pada 23 September lepas dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Kakayun turut menetapkan 11 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Tags / Kata Kunci: bouncer , kes bunuh , Mohd Azmin Lidin

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan