Wanita Direman 7 Hari Kes Pukul Amah

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2016 5:34 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang wanita ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pembantu rumah warga Indonesia yang ditemukan di tepi longkang di Mutiara Damansara, di sini dalam keadaan cedera parah dipercayai akibat didera majikannya.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Mazrah Mohamed membenarkan permohonan polis supaya wanita berusia 43 tahun itu ditahan reman bermula hari ini hingga 28 Disember.

Permohonan reman itu dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan terhadap wanita itu dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Kejadian yang menimpa pembantu rumah berusia 19 tahun itu menjadi viral di media sosial setelah beberapa keping gambarnya dalam keadaan berlumuran darah tersebar.

Wanita itu dijumpai seorang pengawal keselamatan di tepi kawasan longkang Jalan PJU 3/10, Mutiara Damansara, di sini pada 1.30 petang semalam.

Tags / Kata Kunci: Pembantu Rumah , Amah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan