Penganggur Didakwa Cari Sokongan, Miliki Bahan Berkaitan Pengganas Daesh

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2016 2:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis atas pertuduhan mencari sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.

Roshelmyzan Husain, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah yang kemudian menetapkan 9 Januari untuk sebutan kes.

Roshelmyzan didakwa mencari sokongan untuk kumpulan pengganas itu melalui aplikasi telegram di Lot 1616, Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang antara 25 Mac hingga 29 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130 J (1) (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda, dan boleh dilucut hak mana-mana harta yang digunakan bagi melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu juga didakwa memiliki bahan-bahan yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan pengganas Daesh, di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Bangunan Sime Darby Plantation Sdn Bhd, Nuri Refinery, Lot 27, PT 234 Lebuh Sultan Mohamed 1, Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, kira-kira 2.10 petang pada 29 Jun lepas.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 130 JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurfaida Mohd Rashidee dan Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala tertuduh diwakili peguam Syahredzan Johan.
Tags / Kata Kunci: Daesh , Mahkamah Tinggi , Roshelmyzan Husain

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan