Dua Lelaki Dilepas Tanpa Bebas Tuduhan Sokong Daesh

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2016 8:14 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini pada Rabu melepaskan tanpa membebaskan seorang juruteknik pesawat dan juruteknik keselamatan pesawat daripada tuduhan menyokong kegiatan militan Daesh antara 2014 dan Mac lepas.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin yang mengendalikan pendakwaan.

Saiful Bahari Ahmad, 49, yang merupakan juruteknik pesawat dilepaskan daripada tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas itu melalui laman Facebook yang didakwa dilakukan di No. 2, Skuadron VVIP, Pangkalan Udara Subang di sini, kira-kira pukul 7.33 malam, 12 Jun 2014.

Manakala Alfian Keram, 44, yang merupakan juruteknik keselamatan pesawat dilepaskan daripada tuduhan memberi sokongan melalui aplikasi Telegram dan membenarkan akaun Maybank miliknya digunakan bagi memasukkan wang untuk manfaat seorang pengganas, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 25 Mac hingga 31 Mac lepas di No C - 2 -05, Tingkat 2, Blok C, Pusat Bandar Subang Utama di sini.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut 130J (1) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana harta terbabit.

Bagaimanapun, sejurus prosiding berakhir, pihak Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menahan semula mereka yang mana Saiful ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Alfian pula ditahan mengikut Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015.

Permohonan bagi penahanan kedua-dua mereka mengikut POCA dan POTA akan dibuat esok.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan