Safwan Anang Bebas Tuduhan Menghasut

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2016 10:39 AM

Safwan Anang

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Isnin melepas dan membebaskan bekas aktivis pelajar, Safwan Anang daripada tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan di satu forum pada Mei 2013.

Hakim Mohtaruddin Baki yang mengetuai panel tiga hakim berkata, Safwan dibebaskan atas alasan bahawa tiada kecenderungan menghasut dalam kenyataan yang dibuatnya di Dewan Perhimpunan Selangor Kuala Lumpur pada 13 Mei 2013.

Hakim Mohtaruddin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Safwan didakwa telah mengeluarkan kata-kata hasutan untuk menggalakkan orang ramai menggulingkan kerajaan.

Tags / Kata Kunci: Safwan Anang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan