Mekanik Didenda Lebih RM4,000 Buka Pusat Siber Tanpa Lesen

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2016 1:48 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang mekanik yang tidak serik atas kesalahan sama, didenda RM4,800 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menjalankan tiga pusat siber tanpa lesen yang sah.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman denda RM1,600 atau dua bulan penjara bagi setiap pertuduhan terhadap Noryuspian Mohd Nor, 37.

"Saya sampai dah ingat muka kamu, asyik datang ke mahkamah saya atas kesalahan sama, kamu nak saya hantar kamu ke penjara baru kamu nak serik?," katanya sebelum menjatuhkan hukuman itu ke atas Noryuspian.

Tertuduh yang telah beberapa kali disabit atas kesalahan sama sebelum ini didakwa menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen yang sah di No 113A, Tingkat 1, Blok A, Jalan PJS 11/2, Subang Indah, di sini pada 9 malam, 16 April lepas.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia dakwa melakukan kesalahan sama di No J3-00-03, Subang Perdana Good Year Court 6, di sini pada 10 malam, 22 Jun lalu dan di No 17G, Jalan Bandar Puchong 9, Pusat Bandar Puchong, di sini, pada 8.30 malam, 7 November lepas.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, dia didakwa megikut Seksyen 3,  Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2007 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara yang boleh sampai setahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira faktor kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan berulang dan dilakukan di tiga premis yang berlainan.

Peguam Mohd Shazwan Mohd Hassan yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya dikenakan hukuman denda yang rendah atas alasan dia hanya bekerja sambilan di ketiga-tiga pusat siber tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan