Warga Thailand Dipenjara, Seludup Migran Myanmar Tahun Lepas - Berita Mahkamah | mStar

Warga Thailand Dipenjara, Seludup Migran Myanmar Tahun Lepas

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2016 5:20 PM

Biau dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Kangar pada Khamis selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyeludup seorang migran Bangladesh di Bukit Genting Perah dan Bukit Wang Burma, Wang Kelian antara Oktober 2014 dan Mei 2015. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang lelaki warga Thailand pada Khamis dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyeludup seorang migran.

Dia dituduh menyeludup migran warga Bangladesh di Bukit Genting Perah dan Bukit Wang Burma, Wang Kelian antara Oktober 2014 dan Mei 2015.

Pesuruhjaya Kehakiman Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu terhadap Biau Wong Chumpo, 45, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan setelah pengecaman oleh saksi yang juga merupakan mangsa kes itu.

Beliau menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Biau bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 13 Mac 2015.

Abu Bakar berkata selepas mempertimbangkan hujah pendakwaan, mahkamah memandang serius kesalahan itu dengan menjatuhkan hukuman yang memberi pengajaran terhadap jenayah yang dilakukan tertuduh.

Terdahulu, Biau mengangguk sambil tertunduk semasa pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Biau didakwa membawa masuk Md Tifajir Husin, 27, antara Oktober 2014 dan 2 Mei tahun lepas mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Biau merupakan tertuduh terakhir yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu bersama tiga yang lain iaitu Nurul Islam, 32 (Bangladesh), Momontin@Dus Mohamad, 18, (etnik Rohingya) dan Shahidullah@Syahidullah, 19, (etnik Rohingya) yang sedang menjalani hukuman masing-masing.

Ketika rayuan dalam bahasa Thai yang diterjemahkan jurubahasa, Biau yang juga seorang petani meminta agar hukuman penjara dipendekkan kerana dia merupakan bapa tunggal kepada lima orang anak yang kini dijaga ibu mentuanya di Thailand.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz memohon mahkamah menimbang secara serius kesalahan dilakukan serta memberi hukuman yang setimpal kepada tertuduh selain mengambil kira soal kepentingan awam.

Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Pada Mei tahun lepas, polis menemui kubur besar dan rangka manusia, dipercayai etnik Rohingya dan 28 kem pemerdagangan manusia termasuk 139 kubur dikesan, di Wang Kelian. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan