Suri Rumah Tulis 'Babi' Didenda RM100 - Berita Mahkamah | mStar

Suri Rumah Tulis 'Babi' Didenda RM100

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2016 1:15 PM

Tan berjalan keluar dari bilik mahkamah selepas dia didenda kerana menulis perkataan 'babi' di kertas saman.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Suri rumah berusia 53 tahun yang menulis perkataan 'babi' pada kertas saman trafik didenda RM100 di Mahkamah Majistret di sini.

Tan Yeoh Foong mengaku bersalah melakukan perbuatan itu itu apabila pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias pada Khamis.

Yeoh Foong didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100.

Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Tun Abdul Razak kira-kira pukul 8.55 malam pada 13 Disember.

Tertuduh diwakili peguam Chuah Shyue Chien.

Dilaporkan bahawa wanita itu ditahan selepas menulis 'babi' pada kertas saman polis yang telah dikeluarkan kepadanya.

Dia sebelum ini telah mengingkari peraturan lalu lintas apabila menghalang laluan trafik.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan