Culik: Dua Sepupu Dipenjara Seumur Hidup

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2016 5:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua sepupu terpaksa meringkuk di penjara seumur hidup selepas Mahkamah Tinggi di sini Khamis mendapati mereka bersalah menculik seorang remaja lelaki untuk mendapatkan wang tebusan RM3 juta, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin menjatuhkan hukuman itu ke atas B. Sundar, 31, seorang penarik kereta dan K. Navaneethan, 38, seorang kontraktor selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Selepas meneliti mitigasi kedua-dua tertuduh dan faktor penghukuman, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) ke atas kedua-dua tertuduh berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 13 Oktober 2012," katanya.

Terdahulu ketika rayuan, peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili tertuduh pertama dan peguam K. Kuldip mewakili tertuduh kedua, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman paling minimum mengambil kira mangsa berada dalam keadaan baik ketika diculik.

"Mohon mahkamah mengambil kira tertuduh menjaga mangsa dengan baik, memberi makan dan tempat tidur," kata Fahmi.

Kuldip pula berhujah faktor mangsa dijaga dan dilayan dengan baik perlu diambil kira dan hukuman mati tidak sewajarnya dijatuhkan kepada kedua-dua tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya Aznika Mohd Anas memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh dan mengambil kira trauma yang dialami mangsa.

Sundar dan Navaneethan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menculik seorang pelajar tingkatan tiga dengan niat bagi mendapatkan wang tebusan RM3 juta di hadapan sebuah rumah di Taman Midah, Cheras, di sini pada 1.30 pagi, 7 Oktober 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau hukuman penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman gantung, boleh juga disebat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: sepupu , kes culik

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan