Bank Australia Didenda Cuba Tipu Pasaran Tukaran Wang Asing Malaysia - Berita Mahkamah | mStar

Bank Australia Didenda Cuba Tipu Pasaran Tukaran Wang Asing Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2016 2:38 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Persekutuan Australia mengenakan denda masing-masing A$9 juta (RM29.8 juta) terhadap Bank ANZ dan Kumpulan Macquarie sebanyak A$6 juta (RM19.9 juta) selepas wakil tertuduh yang beroperasi di Singapura didapati cuba memanipulasi kadar penanda aras di pasaran tukaran wang asing Malaysia.

Menurut The Sydney Morning Herald (SMH), hukuman itu dikenakan selepas dua bank mengakui melakukan cubaan kartel bulan lalu.

Denda yang dikenakan itu susulan keputusan Suruhanjaya Pengguna dan Saingan Australia terhadap dua bank itu berhubung komunikasi dalam talian peribadi antara pedagang berpangkalan di Singapura pada 2011, lapor SMH.

Pada Rabu, Hakim Mahkamah Persekutuan, Michael Wigney menetapkan denda seiring dengan saranan pihak berkuasa saingan dan bank yang turut bekerjasama dalam siasatan kes itu.

Hakim menggariskan salah laku itu sebagai "serius dan ia menjejaskan integriti dan keberkesanan pasaran ringgit Malaysia", menurut SMH.

Kedua-dua bank itu gagal memantau operasi pejabat di Singapura untuk memastikan ia mematuhi undang-undang dan denda yang dikenakan itu bagi memastikan pihak bank lain melihatnya sebagai "sesuatu yang boleh diterima ketika menjalankan perniagaan."

Tags / Kata Kunci: SMH , Bank ANZ
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan