Datuk, Suspek Dalang Kes Bunuh Bill Kayong Akan Didakwa Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2016 1:00 PM

Dev Kumar

(Ubah saiz teks)

MIRI: Seorang yang bergelar 'Datuk', suspek utama kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri Bill Kayong yang ditembak mati pada 21 Jun lepas akan didakwa di mahkamah, Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Datuk Dev Kumar berkata suspek berusia 45 tahun itu akan dibawa ke mahkamah petang ini kerana kertas pertuduhan sudah disediakan.

Beliau berkata, polis Sarawak bersama dengan seorang pegawai Interpol telah berada di Fujian, China sejak Khamis lepas bagi menguruskan pengusiran 'Datuk' itu.

"Suspek tiada dokumen perjalanan yang sah menyebabkan diusir keluar dari China kerana Jabatan Imigresen telah membatalkan pasport milik suspek atas permohonan polis Sarawak," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Miri, Rabu.

Dev berkata, berdasarkan siasatan, suspek telah berada di Fujian Province, China sejak 18 Julai lepas.


Tags / Kata Kunci: Bill Kayong , Sarawak , Fujian , Interpol

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan