Mahkamah Persekutuan Ketepi Sabitan Dalam Kes Bunuh Pengasas Ambank

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2016 4:39 PM

Hussain Ahmad Najadi

Hussain Ahmad Najadi.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitan terhadap bekas pemandu trak tunda kerana membunuh pengasas Arab-Malaysian Bank (AmBank) Hussain Ahmad Najadi dan memerintahkan supaya kesnya dibicarakan semula.

Panel lima anggota dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membenarkan rayuan Koong Swee Kwan supaya kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan semula.

Beliau berkata adalah amat prejudis terhadap Koong bersabit dengan hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan Koong dan rayuan seorang daripada saksi pendakwaan.

Hakim Zulkefli turut mengetepikan sabitan dan hukuman mati yang dijatuhi Mahkamah Tinggi terhadap Koong.

Beliau kemudian menetapkan 19 Disember  untuk sebutan semula kes Koong di Mahkamah Tinggi di hadapan seorang hakim baharu dan memerintahkan supaya Koong diletak di bawah tahanan reman.

Bersidang bersama beliau ialah Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Azahar Mohamed, Tan Sri Zaharah Ibrahim, Datuk Balia Yusof Wahi dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

Koong, 47, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di No 4, Lorong Ceylon di sini antara 1.30 tengah hari dan 2 petang pada 29 Julai, 2013.

Dia turut disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana cuba membunuh isteri Hussain, Cheong Mei Kuen.

Rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 25 November, tahun lepas.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Koong, berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin telah mendengar perbicaraan Koong dan rayuan pemandu teksi Chew Siang Chee, yang berdepan pertuduhan memiliki sepucuk pistol serta peluru hidup.

Beliau berkata keterangan Chew dalam kesnya sendiri mengandungi keterangan yang amat prejudis terhadap Koong.

Teh berkata rayuan Chew didengar oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2014 dan keputusannya ditangguhkan kepada 9 September 2014.

Hakim Mahkamah Tinggi yang sama turut menyampaikan keputusannya dalam perbicaraan Koong pada 5 September 2014 dan mensabitkannya atas kesalahan membunuh dan cuba membunuh.

Teh berkata hakim Mahkamah Tinggi sepatutnya menarik diri daripada mendengar sama ada perbicaraan Koong atau rayuan Chew disebabkan apabila keputusan untuk mensabitkan Koong dibuat, hakim berkenaan dimaklumkan sepenuhnya keterangan Chew berhubung kesnya (Chew).

Pada perbicaraan Koong, Chew memberi keterangan bahawa Koong telah memintanya supaya datang menjemputnya di Tokong Cina Kuan Yin. Adalah versi pendakwaan bahawa Chew membantu Koong melarikan diri dengan teksinya selepas insiden tembakan itu.

Ketika ditanya oleh Hakim Tan sama ada keadaan itu pernah berlaku di Malaysia, iaitu hakim yang sama mendengar kes seorang tertuduh dan kes seorang saksi, Teh menjawab beliau tidak pernah terjumpa mana-mana kes seperti itu.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah bahawa sabitan  Koong adalah selamat berikutan keterangan yang begitu banyak terhadapnya walaupun tanpa keterangan Chew.

"Tidak berlaku salah laksana keadilan dalam keseluruhan keterangan," katanya. - BERNAMA


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan