Mahkamah Tolak Rayuan Pendakwaan Terhadap Ikat Jamin Khairuddin, Chang

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 2:05 PM

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan  Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh kekal bebas dengan ikat jamin sementara menunggu selesai perbicaraan mereka terhadap tuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Ini berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lepas membebaskan kedua-dua mereka dengan ikat jamin.

Dalam keputusannya, beliau berkata tuduhan yang dihadapi oleh kedua-dua mereka di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan bukan kesalahan keselamatan, oleh itu prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 tidak terpakai dalam kes mereka.

Prosedur Sosma membenarkan seseorang yang dituduh tidak dibenarkan ikat jamin dan ditahan sementara selesai perbicaraan mereka.
Khairuddin, 54, dilihat memeluk Chang, 66, selepas keputusan mahkamah diumumkan dan beberapa orang yang duduk di galeri awam turut bertepuk tangan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan