Lelaki Didakwa Tipu Doktor Berhubung Projek Tanaman Cili

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2016 4:47 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang diisytihar bankrap, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat atas pertuduhan menipu seorang doktor melibatkan kerugian hampir RM200,000 berhubung projek tanaman cili.

M. Narendran, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Tertuduh didakwa telah memperdaya T. K. K. Suba Karunan dalam projek tanaman cili teknologi fertigasi yang tidak wujud sehingga mendorong doktor lelaki itu menyerahkan 26 keping cek syarikatnya, Sky Fresh Venture Sdn Bhd berjumlah RM198,181 kepada tertuduh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No 47, Jalan USJ 1/19, USJ 1, di sini antara 6 Jul 2014 hingga 28 Februari tahun ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abdul Rahman menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh yang diwakili peguam S. A. Vishnu Kumar memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya telah bankrap dan tidak mampu membayar jumlah yang tinggi.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Jan depan untuk sebutan semula kes.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Sky Fresh Venture , bankrap

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan