Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Didakwa Jual 8 Warga Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 4:23 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas lapan pertuduhan memperdagangkan lapan warga Indonesia untuk dijadikan pekerja restoran.

Datuk Baharuddin Hamzah, 41, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya di bacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelapan, lelaki beristeri empat itu didakwa memperdagangkan tujuh lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 25 hingga 35 tahun bagi maksud eksploitasi kerja paksa.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Perniagaan Puchong Gateway, No 73-1, Jalan Suria Puchong 2, Puchong Serdang, pada 11.40 pagi, 29 November lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Aiza Khairuddin memohon kesemua lapan kes dibicarakan bersama selain tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.

"Namun jika mahkamah membenarkan, saya memohon jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan," katanya.

Peguam Shaari Nor yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan jaminan RM10,000 untuk kesemua pertuduhan atas alasan anak guamnya menghidap penyakit jantung.

"Selain itu, tertuduh perlu menanggung empat isteri dan 13 anak," katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin serta menetapkan 23 Dis untuk sebutan semula kes.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan