Wanita Indonesia Bebas Tuduhan Seludup Dadah

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 3:01 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Seorang wanita Indonesia dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menyeludup dadah seberat 1.2 kilogram selepas Mahkamah Tinggi mendapati tertuduh digunakan sebagai keldai dadah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Collin Lawrence Sequerah mendapati Siti Nurhidayah, 42, tidak bersalah dalam keputusan beliau selepas mendengar hujah pihak defendan.

Beliau memutuskan bahawa pihak defendan berjaya menimbulkan keraguan terhadap kes tersebut.

Jelas Lawrence, berdasarkan kenyataan pihak tertuduh, Nurhidayah diarahkan oleh seorang wanita bernama Tina, saksi kedua pihak defendan dalam kes tersebut, untuk membawa pulang beberapa pakaian berjenama dari Guangzhou, China ke Pulau Pinang.

Tambah beliau, Tina juga menguatkan pengakuan yang diberikan oleh Nurhidayah di mahkamah.

"Wujud keraguan dalam kes ini dan saya yakin tertuduh merupakan mangsa yang tidak bersalah.

"Tertuduh juga memeriksa beg pakaian yang diberikan oleh seorang lelaki Afrika bernama Destiny dan tidak mengesyaki apa-apa kerana beg itu mengandungi pakaian, kasut dan beg," katanya.

Nurhidayah yang duduk di kandang tertuduh, menunjukkan reaksi bersyukur apabila peguamnya, Choong Kak Sen memaklumkan tentang keputusan mahkamah.

Dia didakwa atas kesalahan menyeludup 1,204.5 gram dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira pukul 7.40 malam pada 6 November 2013.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya boleh dikenakan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Cheah Yit yang mengendalikan kes itu, memaklumkan kepada pemberita beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan