Remaja Singapura Didakwa Menyamar Cucu Sultan Johor

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 2:49 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki warga Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan menyamar sebagai cucu Sultan Johor di sebuah kedai di Plaza Angsana dekat sini, Ogos lepas.

Remaja berusia 15 tahun itu, didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah kedai menjual pakaian di Plaza Angsana, Tampoi, pada 4.30 petang, 6 Ogos lepas.

Prosiding di hadapan Majistret Salina Omar itu dijalankan secara tertutup kerana tertuduh merupakan pesalah juvana.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali yang ditemui selepas prosiding itu, tertuduh berkenaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan majistret.

Katanya, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin warga tempatan dan menetapkan sebutan kes itu pada 5 Januari 2017.

Sementara itu, peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah yang mewakili tertuduh berkata anak guamnya merupakan anak ketiga daripada lima beradik dan merupakan pelajar di sebuah sekolah di Singapura.

Tertuduh disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sultan Johor

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan