Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 11:49 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Rabu atas tuduhan mendera seorang bayi di Sitiawan, akhir bulan lalu.

Nor Aini Man, 48, didakwa mengabaikan seorang bayi perempuan berumur 11 bulan di bawah asuhannya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada bahagian belakang kepala mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Taman Samudera Sitiawan, antara 9 pagi dan 6.30 petang, pada 26 November lalu.

Nor Aini didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

Hakim S. Indra Nehru membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 21 Disember.

Terdahulu, Nor Aini yang merupakan suri rumah memohon mahkamah mengurangkan ikat jamin kerana beliau mempunyai tanggungan, manakala suaminya hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM900 sebulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Hamizah Ghazali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: pengasuh , dera bayi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan