Polis Wanita Dipenjara Sembunyi Maklumat Pengganas

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2016 11:15 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang polis wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana sengaja menyembunyikan maklumat mengenai pengganas yang telah ke Syria untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Nordin Hassan menjatuhkan hukuman maksimum di bawah Seksyen 130M Kanun Keseksaan terhadap Koperal Jusninawati Abdul Gani, 35, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan dalam kes itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Nordin berkata, kesalahan itu adalah serius dan mahkamah perlu menjatuhkan hukuman berat.

"Tertuduh gagal menjalankan tugasnya sebagai seorang anggota polis mengenai maklumat bahawa Abu Kedah telah berangkat ke Syria untuk menyertai kumpulan Negara Islam," katanya dalam penghakimannya pada Selasa.

Beliau mengarahkan Jusninawati menjalani hukuman bermula 22 Mac iaitu hari dia ditangkap.

Jusninawati didakwa melakukan kesalahan itu antara Ogos 2015 dan 22 Mac 2016.

Seramai empat saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan